Wednesday 9 November 2011

Membuat Binaan

 BENTUK TIGA DIMENSI DAN RUANG
-Bentuk 3D - objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah - objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi dan ikon.

- Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain - Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk- bentuk konkrit , Ruang tampak ialah ruang ilusi yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan,catan kolaj dan lain-lain.
- Bentuk organik ( haiwan , buah2an) dll tidak mempunyai sifat yang semukur dan tidak simetri. Bentuk geometri mempunyai simetri untuk imbangan, kestabilan dan kekukuhan .
BAGAIMANA UNTUK MENINGKATKAN KREATIVITI KANAK-KANAK

a. Rangsangkan pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku- buku bergambar, bercerita, menonton filem, menayang slaid dan gambar foto.

b. Lawatan ke zoo, muzium, perpustakaan dan kraf tangan.
c. Beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang baik dan berketerampilan.
d. Beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk memperkaya maklumat dan pengetahuan.
e. Jangan kritik keterlaluan terhadap karya mereka. Nyatakan bahawa kesilapan bukan kegagalan tetapi sebagai cabaran untuk
peningkatan.
f. Berikan ganjaran atau insentif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau tempat-tempat strategik.
g. Adakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di kalangan pelajar.




Temanya :
(a) Alam Semula Jadi dan Objek Persekitaran
(b) Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis
(c) Aliran dan Tema Sejagat - konsep dalam agenda kehidupan manusia. cth wau bulan, wau kucing dll
(d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian – peralatan kegunaan harian.

Bagaimana Perkembangan dan Penghalusan Idea dalam Bidang
Membentuk dan Membuat Binaan Berlaku?
(a) Pemerhatian dan Kajian Visual – penggunaan bahan dalam menghasilkan karya.
(b) Perubahan Cara Bekerja - Membuat percubaan yang tidak putusputus akan mencernakan lebih banyak idea dan akhirnya dapat menjana dapatan yang lebih unik dan berketerampilan.
(c) Penerokaan Simbol dan Makna - mencari dan mengkaji ilham-ilham baru.

 

No comments:

Post a Comment